orang lain dok kalut minyak naik harga..
tup tup Uncle Seekers plak kena saman..ahahahhahaa
sudah la dalam blog dia dah kena maki hamun macam2 dengan orang ramai..
dah plak kena saman..
Diharapkan jangan Uncle guna kuasa paranormal sudah laaa.. kahkahkah...
Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein
03/12/2010 7:47pm
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan
blog Uncle Seekers - K L I K
0 komen:
Post a Comment