Monday, November 29, 2010

Menteri pilih kasih..macam ni ka Pemimpin?

Beginikah sikap pemimpin? Bagaimana rakyat khususnya Melayu mampu bersatu padu jika pemimpin sendiri yang dari dulu bersikap sebaliknya. Sepatutnya pemimpin perlulah menunjukkan tauladan yang baik untuk dijadikan contoh. Tetapi kenyataan pemimpin a.k.a menteri ni tak habis-habis seperti nak ajak bergaduh ja. teruk sangatkah sampai tak boleh toleransi? Inikah nilai-nilai murni yang kerajaan nak bentuk kepada belia negara?
Shahrizat Setuju Bantuan Kebajikan Diurus Oleh Satu Pentadbiran

BANTING, 26 Nov -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersetuju dengan cadangan supaya agihan bantuan kebajikan di Selangor diuruskan oleh pentadbiran tunggal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan persekutuan menerusi kementeriannya tidak akan menyalurkan agihan bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Buat masa ini bantuan kebajikan oleh kementerian kepada Selangor adalah tinggi...Sekiranya bantuan kebajikan diuruskan oleh kerajaan Selangor, saya khuatir ramai orang akan kelaparan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Gempur' dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dekat sini.
AURAT !??!
Shahrizat berkata beliau bersetuju dengan satu pentadbiran supaya agihan bantuan tidak bertindih tetapi ia tidak bermakna kementeriannya akan menyalurkan wang kepada kerajaan negeri untuk mengagihkan bantuan itu.

Pada Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran bantuan kebajikan akan lebih cekap dan berkesan sekiranya ia diuruskan oleh kerajaan persekutuan sahaja.

Khalid juga mencadangkan supaya kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan kebajikan kepada kerajaan negeri supaya diagihkan kepada rakyat Selangor.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...