Saturday, December 4, 2010

Malaysia umum dana negara kedua - oh GLC..

GLC GLC GLC..
Kerana GLC rakyat makin merana.
Penyelewenggan yang dah lama bertapak dalam GLC ni seperti membujur lalu melintang patah. Jika ada penyelewenggan dimana individu yang terlibat tu? Apa SPRM buat?
Buat masa kini Malaysia langsung tidak setanding dalam pembangunan dan pelaburan di peringkat rantau sekalipun. Wang rakyat terus diguna untuk pelaburan yang mengayakan kroni-knoni kerajaan. Tidakkah kita fikir?
Kerajaan membelakangkan rakyat apabila memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebanyak RM 15.1 billion, sedangkan subsidi minyak kepada rakyat  hanya RM 11 billion..
Jika kerajaan sekarang yang masih kita pilih dimana hadapan, negara pasti akan terus merana. Rakyat akan terus kedana...


Langkah sejajar matlamat tarik pelaburan dan pertingkat daya saing
MALAYSIA semalam mengumumkan rancangan menubuhkan dana kekayaan negara kedua yang akan melaburkan hasil penjualan taruhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini sejajar dengan matlamatnya menarik pelaburan dan meningkatkan daya saing negara itu.

Namun, ia tidak memberi jangka waktu jelas bagi rancangan itu dan tidak menyentuh isu memberi keutamaan ekonomi kepada penduduk majoriti Melayu itu, lapor agensi Reuters semalam.

Ketika ini, dana kekayaan negara yang ada di Malaysia adalah Khazanah, yang dikuasai kerajaan.


Rancangan terbaru itu adalah antara yang didedahkan dalam Laporan Majlis Penasihat Ekonomi Malaysia.

Ia sebahagian daripada butiran yang dibentangkan mengenai Model Ekonomi Baru Malaysia yang dirancangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berikrar akan memperbaharui ekonomi Malaysia yang kadar pelaburan masih belum pulih daripada krisis kewangan 1998.

Malah, pelaburan asing secara langsung turut berkurang berbanding awal 1990-an.

'Kerajaan harus menimbang untuk membataskan taruhannya dalam syarikat-syarikat strategik kepada 30 peratus daripada saham yang diterbitkan.
'Ia juga boleh mengamalkan pendekatan kawalan strategik, termasuk mengenakan batasan pemilikan asing ke atas entiti strategik,' menurut laporan itu lagi.

Meskipun rancangan ini disambut baik pengamat ekonomi, isu pelaksanaannya masih menjadi hambatan utama.

GLC sudah lama dikritik kerana menjejas pertumbuhan sektor privet, lantaran itu dikehendaki menjual asetnya dan lebih banyak ekuitinya akan dijual.

Laporan itu berkata, GLC juga akan perlu bekerja di bawah jagaan rapi untuk memantau kegiatan dan belanjawan mereka.

Antara syarikat kerajaan ini, Sime Darby, terjejas teruk dengan masalah kos dan dakwaan salah pengurusan dalam divisyen tenaga sehingga menyebabkan ia mengalami kerugian pada separuh tahun kedua serta penyingkiran eksekutif kanannya.
Dana yang dijana daripada program penjualan saham ini akan disalurkan kepada dana kekayaan negara yang akan dipertanggungjawabkan dan perlu mendedahkan pelaburannya.

Namun, laporan itu tidak menyatakan langkah-langkah konkrit memperbaharui Dasar Ekonomi Baru yang memberikan keistimewaan kepada masyarakat Melayu, termasuk dalam perniagaan walaupun ia berikrar akan membantu 40 peratus golongan paling miskin di Malaysia, tidak kira bangsa.

Para pelabur mengadu bahawa dasar selama empat dekad itu disalahgunakan dan menjejas daya saing Malaysia berbanding dengan negara jiran, termasuk Indonesia yang lebih pantas menjalani pembaharuan.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...